Blogger Layouts

Rabu, 13 April 2011

Imam AmanahMU


YA ALLAH.....
siapakah akan menjadi imam ku nanti...
apakah dia seorang hambaMu yang bertaqwa kepadaMu
ataupun dia seorang insan yang lemah dengan kegilaan dunia

YA RAHMAN......
apakah bakal imam ku nanti layak mendidikku
apakah imam ku nanti akan menjadi guru untuk anak-anak kami
guru yang mendidik mereka menjadi semulia pesuruhMu itu

YA MUHAIMIN.....
ku memohon padaMu siapapun yang akan menjadi imam ku,
ku harapkan dia melebihkanMu dariku agar dapat dia mengajarku,
mengajarku untuk tidak melebihkannya berbandingMu..

YA RABBUL IZZATI.....
andai imam ku itu nanti terlalu mencintaiku,
tegurlah dia agar cintanya padaMu tetap kekal
jadikanlah kami seperti Adam dan Hawa yang saling melengkapi

persoalan cinta

kenapa kadang2 aku masih ingatkan dia walaupun diri ini begitu benci padanya....
kenapa terlalu susah untuk aku menghilangkan dia dari ingatan aku.. 
kenapa masih ada rasa untuk memaafkan segala perbuatannya 
yang sangat menyakitkan aku

adakah aku masih sayang dia...
adakah aku memang masih perlukan dia...
adakah dia masih ada dalam hatiku walaupun aku kata aku dah buang dia
adakah aku patut membutakan saja mata ini untuk melihat perbuatannya.....

 dan persoalannya 
hadirkah dia waktu aku sedih
hadirkah dia waktu aku memerlukannya
hadirkah dia saat aku merasakan diri ini tidak berteman

bahagiakah aku tika dia hindariku
bahagiakah aku tika dia menyepi tanpa kata
dan
bahagiakah aku melihat kebahagiaannya bersama insan lain...

Ahad, 10 April 2011

Coretan Buat Kaum Adam

Kau yang bernama lelaki
Lahirmu di sini sebagai seorang pemimpin
Lahirmu jua untuk melindungi yang lain

Jangan engkau pesongkan amanah yang telah diberikan
Jangan engkau abaikan tanggungjawab yang telah diserahkan
Jangan engkau khianati kepercayaan yang telah diucapkan
Dan jangan engkau abaikan janji yang telah kau lafazkan


Jadilah seorang lelaki yang beriman
Jadilah seorang pemimpin yang adil
dan jadilah pelindung kepada yang
perlukan perlindunganmu

Berbanggalah kerana dirimu dilahir untuk menjadi pemimpin
Beruntunglah kerana dirimu dipilih untuk melindungi wanita

air mata cinta


entah apa salah wanita sehingga sang lelaki sanggup menyakiti hatinya
sanggup mengores hatinya tanpa belas kasihan

apa salah wanita sehingga ada lelaki yang tegar merosakkan harga diri seorang wanita
tegarnya lelaki itu tanpa berhati nurani

tidakkah lelaki tahu
wanita diciptakan bukan untuk disakiti
wanita diciptakan bukan untuk memuaskan nafsu syaitan

begitu indah wanita untuk dikejami
begitu berharga wanita untuk dilukai tanpa belas dan kasih

apa saja wanita akan melakukan untuk pasangannya
tanpa mempeduli bahaya yang mendatang.
itulah wanita

hapuskanlah titisan mutiara itu
lenyapkan kesedihan wanitamu itu
bahagiakanlah kekasihmu
hormatilah pengorbanannya padamu...

kerana hanya itu yang wanita ingin dari sang lelaki

cintaNya abadi


walaupun kamu mencintai kekasihmu dengan setulus hati
tak bermakna kekasihmu itu juga mencintaimu setulus hati

walaupun kamu menyanjung kekasihmu setinggi langit
tak bererti kekasihmu juga aku menyanjungi mu

walaupun kamu kata dialah cinta yang sejati
tak bermakna dia juga menganggapmu cinta sejatinya

walaupun kamu menghargai pasanganmu 
tak bererti dia akan menghargaimu

tapi

andai kamu mencintai ALLAH
pasti Dia akan membalas cintamu

andai kamu menyanjung ALLAH
pasti DIA akan sentiasa membahagiakanmu  

andai kamu kata ALLAH lah cinta sejati
besar mukjizat Nya yang pasti kamu miliki

andai kamu menghargai ALLAH
pasti kamu akan sentiasa mendapat rahmatNya

AMIN...

sayang....

ingat lagi sayang waktu kita bersama....
sayang terlalu kasihkan saya tika itu....
sayang tak pernah sekali pun sakitkan hati saya....
setiap masa sayang buat hati saya berbunga....

kalaulah sayang tahu, 
cinta sayanglah buat saya kuat
cinta sayanglah pembakar semangat saya
dan cinta sayanglah saya rasakan kebahagiaan itu...

sayang ingat lagi kan kenangan cinta kita?
masa saya sakit, sayanglah ubat paling mujarab
masa saya buntu, sayanglah jalan keluarnya
masa saya sedih, sayanglah badut yg buat saya ketawa lagi

sayang, sampai bile2 pun saya xkan lupakan sayang
gelak tawa sayang, raut wajah sayang, senyuman sayang,
kemanjaan sayang, takkan mungkin saya lupa

sayang, saya tahu sayang masih perlukan saya kan?
saya tahu sayang masih menganggap saya permaisuri sayang
saya tahu sayang takkan mampu hidup tanpa saya
saya tahu bukan kehendak sayang kita berpisah kan?

kita terimalah hakikat perpisahan ini
percayalah sayang, ini semua ada hikmah
dan percayalah saya sangat mencintai sayang
percayalah rindu dan cinta saya hanya untuk sayang

untuk selamanya.......

BiLe InA'yYa DiAm.....

bile gadis bernama amani ina'yya diam
bukan bermakna dia terima kesakitan itu

bile gadis itu diam
tak bermaksud dia melupakan keperitan itu

bile gadis itu diam 
itu tak bererti dia tidak terluka

gadis bernama amani ina'yya diam 
kerana dia tahu kesakitan itu adalah salahnya

gadis itu diam 
kerana dia tidak mahu pasangannya tahu keperitannya

dan.....

gadis itu diam
kerana dia tahu kelukaan itulah pengalaman..

pengalaman percintaan...

alunan lagu ina'yya