Blogger Layouts

Ahad, 20 Mac 2011

Hargailah apa yang kita miliki

suatu hari dua sahabat bercerita tentang kasih sayang

si A : macam mane kita nak pilih seseorang yang terbaik dalam hidup kita sebagai orang yg kita syg? dan macam mana juga sayang tu nak kekal selamanya?

si B : kalau awak nak tahu, jom kita jalan atas rumput tu. lepas tu awak pilih rumput yang PALING cantik. kalau dah petik tu, jangan menoleh ke belakang lagi.

si A pun mengikut kata sahabatnya itu, perlahan dia berjalan sambil menunduk mencari rumput PALING cantik.namun tiada satu pun ditemunya.

si B mula kehairanan sambil bertanya : kenapa tiada rumput yang dipilih?

si A menjawab : tadi masa b'jalan saya cari rumput yg paling cantik. banyak yang cantik, tapi awak suruh petik yang PALING cantik, saya terus jalan kedepan cari yang PALING cantik tanpa toleh belakang. tapi bila saya da sampai ke penghujung,saya tak jumpa pun paling cantik, mungkin ada diantara yg dibelakang tadi rumput PALING cantik tp awak cakap dah tak boleh toleh lagi, jadi tak adalah rumput yang saya petik.

si B tersenyum lalu berkata : ya itu lah jawapannya, kalau kita dah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita cari yang lebih baik. kita patut hargai orang yang didepan kita sebaik-baiknya. jadi orang yang PALING kita sayang itulah orang yang paling baik dan paling cantik di mata kita..

hargailah setiap apa yang kita ada, jangan menoleh lagi sekiranya sudah jumpa yang PALING cantik,


Tiada ulasan:

alunan lagu ina'yya