Blogger Layouts

Khamis, 31 Mac 2011

waktu yang berlalu menyapaku tentangmu..
kenangan itu terukir lagi di ingatan 
saat kau memelukku, saat kau mengucupku, saat kau senyum manis untukku,
semua itu begitu indah untukku padamkan

tidak mudah untuk ku berpaling darimu
tidak bisa ku dimiliki oleh yang lain
kerana hati ini hanya milikmu, hanya rindu ini masih tertaut kepadamu, kerana cinta ini mekar untukmu
perit untuk aku membiarkan ia pergi


setiap sentuhanmu menjadi penawar sakitku
luka yang parah akan terubat sendiri
jika engkau mendekatiku, jika engkau menghargaiku, jika engkau mencintaiku
mencintaiku dengan setulus hati nurani

rindu itu masih bertamu diruang jiwa
resah rindu semakin gusar
hilang arah tujuku, hilang warna hidupku, hilang kekuatan hidupku
kerana rindu padamu terlalu mendesak

Tiada ulasan:

alunan lagu ina'yya