Blogger Layouts

Sabtu, 26 Mac 2011

terima kasih untuk awak

terima kasih awak kerana suatu tika
dulu awak pernah mengejar saya
awak nyatakan hasrat ingin menjaga saya
awak berjanji setia mencintai saya

 selama itu, awk mengajar saya erti cinta
 awak mengajar saya apa itu kasih sayang
 menghargai dan pengorbanan juga
 malah maksud rindu masih saya mengerti

awak yakinkan saya dengan cinta awak
awak berikan kata-kata pujangga yang
mewarnai hidup saya dalam penuh kebahagiaan
hingga saya lupa tentang yang lain di sekeliling ini.

 kini semua itu hilang, lenyap tanpa sedari
 mana awak, mana cinta awak? awak menyepi
 menyepi tanpa kata, hilang tanpa perkhabaran
 saya mencari di segenap ruang dan sudut.

akhirnya awak muncul jua di hadapan diri ini
bersama seorang teman disisi awak
jatuh, berderai, remuk, hancur dan terluka hati ini
bersamanya awak pergi tanpa menoleh kepada diri ini..

termanggu saya di sini tanpa sebutir kata
hanya butiran kaca yang mengalir
dan terima kasih juga kerana berjaya
menyakiti hati yang suci dan tulus mencintaimu..

Tiada ulasan:

alunan lagu ina'yya